fb fb fb fb fb

Bekas Peguam Negara Mexico diberkas disyaki terlibat kes kehilangan pelajar

BANDAR MEXICO, 20 Ogos- Bekas Peguam Negara Mexico, Jesus Murillo Karam diberkas kerana disyaki terlibat kes kehilangan 43 pelajar pada 2014.

Suspek merupakan individu paling berprofil tinggi yang ditahan berkaitan tragedi hak asasi manusia terburuk di negara itu.

Penahanan Murillo Karam dibuat atas dakwaan terlibat kehilangan secara paksa, menyeksa mangsa dan salah guna sistem keadilan.

Dalam insiden berkenaan, pelajar yang menaiki beberapa bas untuk menyertai demosntrasi di Mexico City dilapor hilang.

Penyiasat mendakwa mereka ditahan polis korup sebelum menyerahkan mereka kepada kartel dadah.

Bagaimanapun, perkara sebenar yang terjadi kepada mangsa masih jadi misteri.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu