fb fb fb fb fb

Pelucutan senjata Hizbullah ancam kestabilan Lubnan

Naim Qassem/ Foto AFP

LUBNAN, 15 Ogos - Ketua Hizbullah, Naim Qassem, memberi amaran bahawa keputusan kerajaan Lubnan untuk melucutkan senjata kumpulannya bakal mencetuskan krisis besar di negara itu.

Menerusi ucapan yang disiarkan televisyen, beliau menyifatkan langkah tersebut mendedahkan Lubnan kepada risiko ketidakstabilan.

"Kerajaan telah membuat keputusan yang sangat berbahaya. Dengan keputusan ini, ia melanggar perjanjian hidup bersama dan mendedahkan negara kepada krisis besar," katanya.

Kerajaan Lubnan sebelum ini mengarahkan angkatan tentera merangka pelan pelucutan senjata Hizbullah menjelang akhir tahun ini. -AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM