fb fb fb fb fb

Banjir kilat Kishtwar: 46 maut, lebih 200 hilang di Kashmir

Foto Reuters

KASHMIR, 15 Ogos- Pasukan penyelamat berusaha menembusi kawasan dipenuhi batu, pokok tumbang dan runtuhan pada Jumaat susulan banjir kilat yang melanda daerah Kishtwar, Kashmir yang ditadbir India, sehari sebelumnya.

Sekurang-kurangnya 46 maut dan lebih 200 lagi dilaporkan hilang selepas hujan lebat secara tiba-tiba melanda Kashmir pada Khamis.

Menurut pegawai, situasi itu sekali gus menjadi bencana kedua di kawasan pergunungan Himalaya itu dalam tempoh lebih seminggu.

Kejadian berlaku di bandar Chasoti, daerah Kishtwar, yang menjadi lokasi persinggahan di laluan popular ke tempat suci (kuil).

Banjir itu turut menghanyutkan sebuah dapur komuniti dan pondok kawalan keselamatan yang dibina di kampung berkenaan.

Chasoti adalah salah satu lokasi persinggahan bagi laluan ke kuil Machail Mata. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM