fb fb fb fb fb

Serangan bom di Syria ragut lima nyawa anggota pertahanan

Foto fail/REUTERS

DAMSYIK, 16 Oktober -Sekurang-kurangnya lima anggota Kementerian Pertahanan Syria terbunuh dalam satu serangan bom.

Menurut seorang pegawai kementerian serangan itu menyasarkan sebuah bas di wilayah timur Deir Ezzor pada Khamis.

"Sebiji alat letupan telah diletupkan ketika sebuah bas yang membawa pengawal fasiliti minyak milik Kementerian Pertahanan melalui kawasan tersebut. Lima anggota maut dan 13 lagi cedera, termasuk orang awam yang berada berdekatan," kata pegawai itu yang enggan dikenali.

Televisyen negara melaporkan bahawa letupan berlaku di jalan antara bandar Deir Ezzor dan Mayadeen, kira-kira 50 kilometer dari lokasi kejadian.

Setakat ini, tiada mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain menyatakan bahawa penyerang dipercayai anggota Daesh. -AFP

TETITIA YUSOFF