fb fb fb fb fb

Serangan bom bunuh diri, Pakistan perketat kawalan keselamatan di bandar Peshawar

(Foto Reuters)

PESHAWAR, 31 Januari- Pihak berkuasa memperketat kawalan keselamatan di sekitar barat laut, Peshawar.

Ia susulan serangan pengebom bunuh diri semalam di sebuah masjid, di ibu pejabat polis di bandar berkenaan.

Angka kematian akibat serangan itu juga kini meningkat kepada 87 orang.

Seorang penduduk, Shabbir Khan berkata pengeboman itu sangat membimbangkan beliau.

"Ia adalah satu kecaman besar bahawa pengganas boleh memasuki jabatan kerajaan. Jika jabatan kerajaan tidak mempunyai keselamatan, apakah keselamatan yang mereka boleh berikan kepada kami," kata Shabbir Khan.

(Pihak berkuasa memperketat kawalan keselamatan di sekitar barat laut, Peshawar/Reuters)

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Letupan oleh pengebom berani mati itu berlaku ketika sebilangan besar orang berkumpul untuk menunaikan solat.-REUTERS

Media Baharu