fb fb fb fb fb

Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro mohon visa pelawat ke Amerika Syarikat

(FOTO AFP)

WASHINGTON, 31 Januari-Bekas presiden Brazil, Jair Bolsonaro memohon visa pelawat ke Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah pertuduhan melakukan salah laku di negara asalnya, memetik laporan BBC.com.

Pihak berkuasa AS menerima permohonan daripada Bolsonaro untuk visa pelawat enam bulan pada Jumaat, menurut laporan itu pada Isnin.

Peguam yang mewakili Bolsonaro, Felipe Alexandre, dilaporkan berkata bekas presiden itu berkemungkinan tinggal di Florida.

Pemimpin terbabit dituduh bertanggungjawab atas rusuhan di Brasilia awal bulan ini oleh penyokongnya selain didakwa melakukan salah laku semasa menjadi ketua negara.

Beliau kini tinggal di Amerika menggunakan visa khas untuk diplomat dan pegawai tinggi kerajaan yang tamat tempoh pada hari terakhir jawatannya.

Kehadiran Bolsonaro di Amerika Syarikat (AS) menyebabkan 41 wakil Demokrat menandatangani surat menggesa pentadbiran Biden membatalkan visanya.


(Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro/FOTO AFP)

Media Baharu