fb fb fb fb fb

PM baharu Taiwan angkat sumpah

TAIWAN, 1 Februari- Bekas naib presiden Chen Chien-jen mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baharu Taiwan.

Beliau akan mengetuai Kabinet yang baharu dibentuk ketika Parti Progresif Demokratik (DPP) berusaha untuk mendapatkan semula kedudukan berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya tempatan pada November.

Menurut Chen, keutamaan Kabinet baharunya ialah melaraskan sekatan COVID-19 untuk mengembalikan kehidupan normal.

"Kerajaan juga bakal memperkenal dasar untuk membantu rakyat dan perniagaan yang bergelut dengan masalah ekonomi akibat pandemik. Saya memberi jaminan, lebih banyak tindakan akan diambil untuk memajukan Taiwan seperti meningkatkan infrastruktur dan menambah baik program kebajikan sosial," katanya ketika ditemui di sini.

Dalam pada itu, bekas perdana menteri Su Tseng-chang mengetuai barisan Kabinetnya meletak jawatan dalam rombakan besar-besaran yang berpunca daripada pretasi buruk DPP dalam pilihan raya.

Chen, 71 tahun, dilantik oleh Presiden Tsai Ing-wen pada Jumaat bagi menggantikan Su, 75 tahun, yang berkhidmat sebagai perdana menteri sejak Januari 2019.


(Menurut Chen, keutamaan Kabinet baharunya ialah melaraskan sekatan
COVID-19 untuk mengembalikan kehidupan normal)

Media Baharu