fb fb fb fb fb

Rakyat Perancis adakan tunjuk perasaan, bantah had usia bersara dinaikkan

PARIS, 1 Februari- Gas pemedih mata digunakan polis Paris terhadap penunjuk perasaan yang menentang rancangan reformasi pencen yang akan menaikkan had usia persaraan.

Mereka menentang rancangan Presiden Emmanuel Macron untuk membuat pekerja bekerja lebih lama sebelum bersara.

Demonstrasi menentang rancangan itu berlaku di seluruh Perancis serta di bandar-bandar utama seperti Marseille, Lyon, Reims dan Montpellier.

Tinjauan media mendapati majoriti rakyat Perancis menentang peningkatan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun, yang dikatakan Macron penting untuk memastikan daya maju sistem pencen.

Menurut polis, kira-kira 87,000 orang mengambil bahagian dalam protes di sini. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu