fb fb fb fb fb

Letupan bom di masjid, angka korban terus meningkat

PESHAWAR, 1 Februari- Angka korban tragedi letupan bom di sebuah masjid di Pakistan terus meningkat.

Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya 95 orang dilaporkan maut dalam insiden tersebut.

Sebahagian besar mangsa merupakan anggota polis yang menunaikan solat di dalam masjid yang terletak berhampiran dengan ibu pejabat polis itu.

Jurucakap Hospital Lady Reading berkata angka kematian meningkat selepas terdapat pesakit yang meninggal dunia ketika dalam rawatan dan beberapa lagi mayat ditemukan daripada serpihan masjid yang runtuh.

"Sekurang-kurangnya 157 orang yang cedera masih dalam rawatan. Jumlah kematian dijangka meningkat lagi," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.


(Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut)

Media Baharu