fb fb fb fb fb

55 cedera, letupan gegar masjid di Jakarta

Pegawai polis menjalankan siasatan di lokasi susulan letupan di sebuah masjid di dalam sebuah sekolah di Jakarta/ AFP

JAKARTA, 8 November – Pelajar sebuah sekolah menengah awam di Jakarta Utara gempar selepas berlaku letupan di masjid dalam kompleks sekolah berkenaan pada Jumaat.

Menurut polis, seramai 55 mangsa kini dirawat di hospital akibat pelbagai tahap kecederaan, termasuk melecur.

Seorang pelajar Tingkatan 11, Raka Ramadhan Firzatullah, berkata beliau melihat masjid dipenuhi asap sejurus letupan berlaku.

Ketua Polis Negara Indonesia, Jeneral Sigit Listyo Prabowo, berkata suspek yang disyaki terlibat kini menjalani pembedahan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

“Kami menemui beberapa senjata mainan serta tulisan tertentu yang sedang disiasat untuk menentukan motif, termasuk bagaimana suspek merancang dan melaksanakan serangan ini,” katanya.

Indonesia sebelum ini pernah berdepan beberapa serangan terhadap gereja dan sasaran Barat, namun kejadian membabitkan masjid amat jarang berlaku.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN