HANOI, 8 November – Sekurang-kurangnya lima orang maut di Vietnam selepas Taufan Kalmaegi membadai kawasan pesisir negara itu dengan angin kencang dan hujan lebat, menurut pegawai pada Jumaat.
Taufan tersebut yang melanda pantai tengah Vietnam lewat Khamis menumbangkan pokok, merosakkan rumah penduduk serta menyebabkan gangguan bekalan elektrik sebelum melemah ketika bergerak ke kawasan pedalaman.
Rakaman dari bandar Quy Nhon menunjukkan keadaan selepas ribut, dengan sampah-sarap, perabot dan bahagian rumah berselerakan di jalan-jalan utama.
Menurut pihak berkuasa, pasukan penyelamat kini giat menilai kerosakan dan melaksanakan operasi mencari serta membantu penduduk yang terjejas.
Taufan Kalmaegi turut menyebabkan sekurang-kurangnya 188 kematian di Filipina ketika melanda negara itu awal minggu ini.- REUTERS