fb fb fb fb fb

Bot terbalik di Pakistan, 49 pelajar maut

KHYBER PAKHTUNKHWA, 1 Februari- Seramai 49 pelajar maut dalam kejadian bot terlebih muatan terbalik di barat laut Pakistan.

Menurut polis, Fazal Naeem, pelajar lelaki berusia antara tujuh hingga 14 tahun itu merupakan penuntut sebuah madrasah.

Mereka menyertai lawatan sehari ke tasik Tanda Dam pada Ahad lalu.

Katanya, air empangan yang membeku kerana cuaca sejuk menghalang misi menyelamat.

"Selepas tiga hari, penyelam berjaya menemukan baki mayat pelajar yang terlibat. Dua lagi mayat ialah guru dan juragan, menjadikan jumlah kematian 51 orang," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Jelasnya, bot itu terlebih muatan dengan kapasitinya sekitar 20 hingga 25 orang.

Dalam kejadian terbabit, lima orang berjaya diselamatkan termasuk empat pelajar dan seorang guru.



(Jelasnya, bot itu terlebih muatan dengan kapasitinya sekitar 20 hingga 25 orang)

Media Baharu