fb fb fb fb fb

Perancis hantar lebih banyak kenderaan artileri ke Ukraine

(Oleksiy Reznikov (kiri) dan Sebastien Lecornu (dua dari kanan) tiba untuk menghadiri sidang
media sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi Menteri Pertahanan Ukraine di Hotel de Brienne,
Kementerian Angkatan Tentera Perancis, di Paris pada 31 Januari, 2023/Foto AFP)

PARIS, 1 Februari- Perancis akan menghantar lebih banyak kenderaan artileri ke Ukraine.

Menteri Pertahanannya, Sebastien Lecornu berkata lebih 12 trak artileri Howitzer-Caesar dan sistem pertahanan udara baharu akan dihantar ke Ukraine.

Usaha itu bagi mengukuhkan pertahanan Ukraine untuk menentang pencerobohan Rusia.

Penghantaran itu sebagai tambahan kepada 18 artileri yang dihantar sebelum ini, membabitkan peruntukan 200 juta euro yang disediakan Perancis untuk Ukraine.

Perancis bagaimanapun tetap komited untuk menghantar kereta kebal, Leclerc ke Ukraine.

Lecornu menyatakan demikian pada sidang media dengan rakan sejawatannya dari Ukraine, Oleksiy Reznikov, di sini pada Selasa.-AFP

(Sebastien Lecornu/Foto AFP)

Media Baharu