fb fb fb fb fb

Pelan percepat Pilihan Raya Peru: Ahli Parlimen gagal capai kata sepakat

(FOTO AFP)

LIMA, 1 Februari-Ahli Parlimen Peru sekali gagal mencapai kata sepakat pada selasa terhadap pelan untuk mempercepatkan pilihan raya bagi menamatkan protes yang telah menyebabkan kematian di negara itu.

Peru dilanda krisis politik dengan penduduk mengadakan demonstrasi hampir setiap hari sejak 7 Disember.

Keadaan tersebut berpunca susulan penahanan presiden ketika itu, Pedro Castillo yang cuba membubarkan Kongres dan memerintah melalui dekri.

Dalam 7 minggu demonstrasi berlaku, sejumlah 48 orang termasuk seorang anggota polis telah terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan menuntut pilihan raya diadakan dengan segera, kongress di bubarkan, perlembagaan baharu dan peletakan jawatan presiden Dina Boluarte.

Bulan lalu, ahli parlimen memutuskan untuk mengadakan pilihan raya yang sepatutnya diadakan pada 2026 ke April 2024.

Namun penunjuk perasaan mahu ia diadakan tahun ini.

Pada selasa, ahli parlimen sekali lagi gagal bersetuju untuk mengadakan pilihan raya tahun ini.

Sekatan jalan yang dibuat oleh penunjuk perasaan telah menyebabkan berlaku kekurangan bekalan makanan, bahan api dan keperluan asas lain di beberapa wilayah.

Pergolakan itu didorong terutamanya oleh penduduk Peru yang miskin di selatan, yang menganggap Castillo, yang juga berasal dari wilayah itu sebagai sekutu dalam perjuangan mereka menentang kemiskinan, perkauman dan ketidaksamaan.


(FOTO AFP)

Media Baharu