fb fb fb fb fb

Korban serangan pengebom bunuh diri meningkat kepada 100 orang

(Foto Reuters)

PAKISTAN, 1 Februari- Angka kematian dalam serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di ibu pejabat polis Peshawar, Pakistan, meningkat kepada 100 orang.

Manakala lebih 200 yang lain cedera.

Dalam kejadian pada petang Isnin lalu, lebih 300 jemaah sedang bersolat di masjid apabila pengebom membuka jaket bahan letupannya.

Sebahagian besar mangsa yang maut merupakan anggota polis.

"Kami berada di sini sebaik sahaja mengetahui tentang letupan dan segera melaporkan kejadian itu. Ini sememangnya tragedi.

"Mangsa semuanya adalah orang yang tidak bersalah dan polis yang merupakan rakan kami. Mereka sentiasa membuat rondaan di jalanan untuk keselamatan kami.

"Saya tidak boleh tidur selepas ia berlaku dan masih terkejut kerana kejadian seperti mimpi ngeri," kata wartawan kanan penyiar media tempatan Khyber TV, Rashid Afaq.

(Kawalan keselamatan dipertingkat pihak berkuasa susulan kejadian itu/Foto Reuters)

Sementara itu, siasat lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan.

Susulan kejadian itu juga, kawalan keselamatan di semua bandar utama dipertingkat.

Polis turut mengeluarkan amaran tinggi dan meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk dan keluar ke bandar itu.-REUTERS

Media Baharu