fb fb fb fb fb

Pelepasan karbon: Rakyat Indonesia failkan kes terhadap Holcim di Mahkamah Switzerland

(FOTO REUTERS)

GENEVA, 1 Februari-Beberapa rakyat Indonesia mengemukan aduan di mahkamah Switzerland bagi menentang pengeluar simen terkemuka dunia Holcim berkaitan kegagalan mengurangkan pelepasan karbon menurut satu kenyataan kumpulan masyarakat sivil yang menyokong aduan itu semalam.

Menurut kenyataan tersebut, syarikat tersebut didakwa tidak berusaha bersungguh-sungguh bagi mengurangkan pelepasan karbon di Indonesia.

Kes sivil itu pertama kali dimulakan pada Julai tahun lalu oleh empat penduduk pulau Pari, Indonesia, yang berulang kali dilanda banjir diakibatkan pemanasan global yang meningkatkan paras laut.

Ini diikuti dengan rundingan tidak rasmi pada Oktober lalu yang gagal, menurut Lorenz Kummer dari Bantuan Gereja Switzerland (HEKS/EPER), menyebabkan aduan difailkan secara rasmi kepada mahkamah Zug pada Isnin lalu.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong pengadu menyatakan pihaknya sudah memilih Holcim kerana syarikat itu adalah salah satu daripada pelepas karbon dioksida utama di seluruh dunia dan yang terbesar, di Switzerland.

Sementara itu, Jurucakap syarikat yang berpangkalan di Zug itu berkata, perubahan iklim adalah 'keutamaan penting untuk Holcim'.

Menerusi laman sesawang syarikat berkenaan berkata pihaknya komited untuk menyahkarbon bangunan dan mengemas kini sasaran iklimnya pada 2022.-REUTERS


(FOTO HIASAN)

Media Baharu