fb fb fb fb fb

Sepanyol rancang hantar kereta kebal Leopard 2A4 ke Ukraine

(Foto fail Reuters)

CEUTA, 1 Februari- Sepanyol merancang untuk menghantar antara empat hingga enam kereta kebal jenis Leopard 2A4 buatan Jerman ke Ukraine.

Memetik sumber kerajaan kepada akhbar El Pais pada Rabu, jumlah penghantaran itu akan bergantung kepada simpanan yang ada.

Selain melihat penghantaran kereta kebal oleh negara lain kepada Ukraine.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Sepanyol tidak memberikan sebarang jawapan berhubung perkara tersebut.

(Kebal kebal jenis Leopard 2A4 yang dipaparkan semasa perarakan tentera/Foto fail Reuters)

Kiev sebelum ini menerima jaminan dari Barat untuk dibekalkan kereta kebal bagi membantu menangkis serangan Rusia.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba pula berkata pihaknya menjangkakan menerima 120 hingga 140 kereta kebal barat daripada gabungan 12 negara dalam gelombang pertama.

Ia termasuk kereta kebal Leopard 2 Jerman, British Challenger 2 dan M1 Abrams AS.

Dalam pada itu, Ukraine juga 'sangat bergantung' kepada bekalan kereta kebal Leclerc Perancis yang dipersetujui.-REUTERS

Media Baharu