fb fb fb fb fb

Rombakan Kabinet, Presiden Malawi pecat lapan Menteri

(FOTO AFP)

LILONGWE,1 Februari-Presiden Malawi, Lazarus Chakwera membuat rombakan kabinet pertamanya tahun ini dengan memecat lapan menteri.

Pemecatan sebagai langkah tranformasi urus tadbir kerajaan dengan mengurangkan jawatan menteri daripada 30 kepada 25 portfolio.

Antara yang dipecat ialah Menteri Penerangan, Menteri Kerajaan Tempatan, Menteri Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat.

Turut dipecat Setiausaha Agung Parti Kongres Malawi yang merupakan Menteri Alam Sekitar.

Tindakan mengecilkan Kabinet itu mendapat pujian dan reaksi positif pengulas politik tempatan.

Chakwera sebelum ini dikritik hebat berkait isu barisan Kabinetnya yang dianggotai ahli keluarga, perwakilan jantina yang tidak sama rata dan terlalu ramai menteri dari daerah asalnya di Lilongwe.


(Presiden Malawi, Lazarus Chakwera/FOTO AFP)

Media Baharu