fb fb fb fb fb

Pesawat Mega buatan China mulakan penerbangan sulung

(FOTO FB ChinaFocus2015)

JIANGXI, 1 Februari-Pesawat mega pertama buatan China, C919 menjalankan misi penerbangan China Eastern Airlines dari Shanghai.

Penerbangan itu merupakan sebahagian daripada penerbangan pengesahan selama 100 jam sejak 26 Disember lepas, sebelum C919 digunakan secara rasmi.

Terdahulu, Penerbangan tersebut berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changbei, Nanchang, Sabtu lalu.

Sebelum ini juga pesawat itu pernah melakukan penerbangan ke bandar Shanghai, Beijing, Chengdu, Xi’an, Haikou, Qingdao, Wuhan dan Jinan; yang melibatkan sembilan lapangan terbang.

China Eastern Airlines dijangka bakal melancarkan penerbangan komersial rasmi dengan menggunakan pesawat C919 bagi laluan ke Nanchang, Shanghai dan Beijing. 

China Eastern Airlines sebagai pengguna pertama telah menerima pesawat C919 pada 9 Disember 2022.

Pesawat yang dilengkapi dengan 164 kerusi serta mempunyai keunikan dalam hiasan dalaman dan luar kabin tersebut diberikan kod B-919A.


(Pesawat Mega pertama buatan China, C919/FOTO FB ximoments)

Media Baharu