fb fb fb fb fb

Metsera terima tawaran AS$10 bilion daripada Pfizer

Foto REUTERS

NEW YORK, 8 November – Syarikat pembangun ubat obesiti, Metsera telah menerima tawaran pengambilalihan bernilai AS$10 bilion daripada Pfizer, sekali gus berpotensi menamatkan persaingan penggabungan dan pengambilalihan (M&A) dengan pesaingnya, Novo Nordisk.

Pfizer hampir memuktamadkan perjanjian tersebut pada September lalu sebelum Novo mengemukakan tawaran baharu minggu lalu, mencetuskan perebutan strategik dalam pasaran ubat penurunan berat badan yang pesat berkembang.

Menurut Metsera, Pfizer akan membayar AS$86.25 sesaham, termasuk AS$65.60 secara tunai dan bayaran tambahan sehingga AS$20.65 sesaham menerusi hak nilai bersyarat.

Pertembungan M&A itu melonjakkan saham Metsera hampir 60 peratus sepanjang minggu lalu, menjadikan nilai pasaran syarikat tersebut mencecah AS$8.75 bilion. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN