DNIPRO, 8 November – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 11 yang lain, termasuk dua kanak-kanak cedera dalam serangan udara Rusia ke atas sebuah blok pangsapuri di bandar Dnipro, Ukraine, pada Sabtu.
Menurut pegawai kecemasan Ukraine, serangan itu merupakan sebahagian daripada siri serangan besar-besaran yang dilancarkan Rusia pada Jumaat.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy memaklumkan sebanyak 450 dron dan 45 peluru berpandu telah dilepaskan, menyasarkan sektor tenaga serta infrastruktur penting di seluruh negara.
Zelenskiy turut menggesa sekutu Kiev agar mengenakan sekatan yang lebih ketat terhadap sektor tenaga Rusia susulan serangan berterusan itu. -REUTERS