GAZA, 10 Oktober - Sekurang-kurangnya satu letupan dilaporkan berlaku di Gaza awal pagi tadi, sebelum perjanjian gencatan senjata dikuatkuasakan sepenuhnya.
Asap tebal dilihat menjulang di ruang udara Gaza, hanya beberapa jam selepas pejuang Hamas dan Israel bersetuju dengan perjanjian tersebut, yang termasuk dalam pelan damai fasa pertama.
Perjanjian dalam pelan damai tersebut, antaranya melibatkan pertukaran tebusan Israel dengan tahanan Palestin dan pengunduran secara berperingkat tentera Israel dari Gaza.
Terdahulu, pengumuman gencatan senjata itu disambut dengan kegembiraan oleh rakyat Palestin yang menandakan langkah terbesar ke arah menamatkan konflik.
Lebih 67,000 penduduk Palestin terkorban dalam serangan rejim Israel serta memusnahkan sebahagian besar Gaza. -REUTERS