BAITULMAQDIS, 10 Oktober - Israel akhirnya bersetuju dengan rangka perjanjian pembebasan tebusan dengan Hamas, yang termasuk dalam pelan damai disokong Amerika Syarikat untuk menamatkan konflik di Gaza.
Pemimpin rejim Benjamin Netanyahu kononnya mendakwa perjanjian itu melibatkan pembebasan semua tebusan serta pengunduran berperingkat tentera Israel, pertukaran tahanan dan penghantaran bantuan kemanusiaan.
Fasa pertama akan berkuat kuasa dalam tempoh 24 jam, dengan pembebasan tebusan dijadualkan 72 jam kemudian.
Perjanjian tersebut hasil rundingan di Sharm el-Sheikh, Mesir, dengan pengantaraan Mesir, Qatar, Turkiye dan Amerika Syarikat.
Hamas dilaporkan menyerahkan senarai hampir 1,950 tahanan Palestin untuk dibebaskan. -AFP