GAZA, 10 Oktober - Jumlah kematian akibat konflik antara Hamas dengan Israel kini meningkat kepada 67,194 orang, manakala hampir 170,000 lagi cedera.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, 10 penduduk Palestin terbunuh dan 49 cedera akibat serangan rejim Israel dalam tempoh 24 jam.
Semalam, Israel dan Hamas mengumumkan perjanjian gencatan senjata di Gaza, sebagai langkah awal ke arah menamatkan konflik dua tahun yang telah memusnahkan sebahagian besar wilayah tersebut.
Perjanjian fasa pertama itu merupakan sebahagian daripada pelan damai yang disokong Amerika Syarikat, hasil rundingan intensif di Sharm el-Sheikh, Mesir dengan pengantaraan Mesir, Qatar, Turkiye dan Amerika Syarikat.
Ia merangkumi pengunduran berperingkat tentera Israel, serta mekanisme bagi pertukaran tahanan dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza. -REUTERS