fb fb fb fb fb

Gempa bumi 7.4 magnitud melanda selatan Filipina

Gempa bumi kuat melanda perairan selatan Filipina/AFP

MANILA, 10 Oktober - Gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud melanda perairan selatan Filipina pada pagi tadi.

Pihak berkuasa seismologi negara itu memberi amaran kemungkinan berlaku kerosakan dan gegaran susulan.

Ketua Agensi Seismologi Filipina, Teresito Bacolcol, berkata amaran tsunami telah dikeluarkan, susulan gempa yang berlaku kira-kira 20 kilometer dari bandar Manay di wilayah Mindanao pada pukul 9.43 pagi pada waktu tempatan.

"Ombak setinggi satu meter dijangka melanda pantai timur negara itu dalam tempoh dua jam. Penduduk di kawasan pesisir dinasihatkan segera berpindah ke kawasan tinggi atau bergerak lebih jauh ke pedalaman.” kata Bacolcol.
-AFP

SITI AISHA MELISA YUHANIZ