fb fb fb fb fb

Kiev terputus bekalan elektrik akibat serangan Moscow

Antara kerosakan bangunan di Ukraine akibat serangan Rusia/AFP

KIEV, 10 Oktober - Rusia melancarkan serangan besar-besaran ke atas ibu negara Ukraine menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan kerosakan infrastruktur tenaga.

Tentera udara Ukraine berkata bandar itu diserang peluru berpandu balistik dan dron.

Datuk Bandar Vitali Klitschko melaporkan sekurang-kurangnya sembilan orang cedera dan sebahagian besar kawasan terputus bekalan elektrik serta air.

Menteri Tenaga Ukraine, Svitlana Grynchuk, mengesahkan serangan turut menyasarkan grid tenaga negara.

"Pihak berkuasa sedang berusaha memulihkan bekalan." kata Grynchuk.

Wilayah Zaporizhzhia turut diserang dengan tujuh dron, menyebabkan tiga orang cedera.

Sebelum ini Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menuduh Rusia cuba mencetuskan kekacauan dengan menyerang sektor tenaga dan pengangkutan. -AFP

SITI AISHA MELISA YUHANIZ