fb fb fb fb fb

Sepanyol kesan 59 kes Cacar Monyet

MADRID, 26 Mei - 59 kes Cacar Monyet dikesan di Sepanyol.

Menteri Kesihatan, Carolina Darias berkata, kes diuji positif menerusi ujian PCR dengan 20 daripadanya disahkan melalui penjujukan genom.

Secara keseluruhan, 171 kes disyaki cacar monyet telah dilaporkan di seluruh negara.

Kerajaan Sepanyol merancang mendapatkan vaksin cacar Imvanex, serta ubat antiviral, Tecovirimat melalui skim perolehan bersama Kesatuan Eropah (EU), bagi mengekang penularan penyakit tersebut menurut Darias.

Katanya, Pihak Berkuasa Tindakan Kecemasan Kesihatan EU akan menyediakan vaksin cacar kepada negara anggota dan dos akan diagihkan secara saksama antara negara anggota.


(Menteri Kesihatan, Carolina Darias menghadiri sidang akhbar di Madrid, untuk
mengumumkan perkembangan kes Cacar Monyet di Sepanyol/AFP)

Setakat ini, tiada rawatan khusus untuk penyakit cacar. Bagaimanapun, 85 peratus penerima vaksin cacar berupaya mencegah jangkitan Cacar Monyet.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, sehingga 22 Mei, lebih 250 kes yang disahkan dan disyaki telah dilaporkan secara rasmi kepada agensi kesihatan PBB dari 16 buah negara, di luar negara endemik di Afrika barat dan tengah.

Cacar monyet biasanya tidak membawa maut, boleh menyebabkan demam, sakit otot, limfa bengkak, menggigil, keletihan dan ruam seperti cacar air pada tangan dan muka.-AFP

Media Baharu