fb fb fb fb fb

Lebih 200 kes cacar monyet dikesan di seluruh dunia: EU

STOCKHOLM, 26 Mei - Jumlah kes cacar monyet yang disahkan di seluruh dunia telah mencecah 219, menurut kemas kini yang dikeluarkan oleh agensi penyakit Kesatuan Eropah (EU).

Angka itu tidak termasuk 11 negara di Afrika Tengah dan Barat yang telah mengisytiharkan endemik cacar monyet.

Lebih sedozen negara, kebanyakannya di Eropah, telah melaporkan sekurang-kurangnya satu kes yang disahkan, kata Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) dalam nota epidemiologi yang dikeluarkan malam Rabu.

"Ini adalah kali pertama rantaian penularan dilaporkan di Eropah tanpa kaitan epidermiologi yang diketahui dengan Afrika Barat atau Tengah, di mana penyakit ini adalah endemik," kata nota itu.

Ia menambah bahawa kebanyakan kes dikesan pada lelaki muda yang melakukan hubungan seks sesama lelaki.

Di United Kingdom, kes pertama dikesan pada awal Mei dan kini mencatat jangkitan tertinggi yang telah disahkan iaitu 71 kes

Ini diikuti Sepanyol dengan 51 kes dan Portugal 37 kes.

BERITA BERKAITAN 
59 kes Cacar Monyet dikesan di Sepanyol 
Cacar monyet merebak ke Austria, Republik Czech, Slovenia

Di luar Eropah, Kanada mencatatkan 15 kes dan Amerika Syarikat sembilan kes.

Jumlah kes yang dilaporkan pada hari Rabu meningkat lima kali ganda sejak kiraan pertama pada 20 Mei, apabila agensi EU menyatakan terdapat 38 kes.

(Lebih daripada 200 kes cacar monyet di seluruh dunia/REUTERS)

Risiko penularan adalah "sangat rendah", kata ECDC awal minggu ini, tetapi memberi amaran bahawa orang yang mempunyai banyak pasangan seksual -- tanpa mengira orientasi seksual lebih berisiko.

"Pembentangan klinikal secara amnya digambarkan sebagai ringan," katanya, sambil menambah bahawa tidak ada kematian dilaporkan setakat ini. -AFP

Media Baharu