fb fb fb fb fb

Seoul punca penularan COVID-19, amaran akan bertindak balas - adik Kim Jong Un

(Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berucap ketika Mesyuarat Kebangsaan Penilaian
Semula Kajian Anti-Epidemik di Pyongyang pada 10 Ogos 2022/AFP)

SEOUL, 11 Ogos- Adik kepada pemimpin utama Kim Jong Un menuduh, Korea Selatan menjadi punca penuluran COVID-19 di Korea Utara dan memberi amaran tentang “balasan” atau tindak balas lebih serius. 

Demikian dilaporkan media tempatan pada Khamis selepas Jong-un semalam mengisytiharkan kejayaan Pyongyang menentang COVID-19.

Sebelum ini, Korea Utara menyatakan bahawa terdapat "benda asing" berhampiran sempadan dengan Korea Selatan yang menyebabkan penularan wabak COVID-19 di negara itu, dakwaan yang dinafikan Seoul.

Meskipun larangan telah berkuat kuasa pada 2021, aktivis Korea Selatan sejak bertahun-tahun menerbangkan balon mengandungi risalah propaganda dan mata wang dollar Amerika Syarikat ke sempadan, tindakan yang sudah lama dibantah Pyongyang.

Menurut laporan agensi berita KCNA, “hari ini adik kepada Kim Jong Un, Kim Yo Jong menyalahkan kumpulan aktivis itu atas penularan COVID-19 di Korea Utara dan menyifatkan ia adalah ‘jenayah kemanusiaan’.

Katanya banyak negara – dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia – telah memperakui "bahaya penyebaran penyakit berjangkit melalui objek tercemar", menurut laporan itu.

“Ia amat membimbangkan bahawa Korea Selatan telah menghantar risalah, wang dan barangan tercemar ke rantau kita," katanya.


(Ahli Suruhanjaya Hal Ehwal Negara Korea Utara Kim Yo Jong
juga adik kepada Kim Jong-un/REUTERS)

Yo Jong turut memberi amaran bahawa Pyongyang sedang mempertimbang “tindak balas serius dan kuat”; jika belon terus diterbangkang di sempadan, “kami akan bertindak balas menghapuskan bukan sahaja virus, tetapi juga pihak berkuasa Korea Selatan"

Bulan lepas, Seoul menyatakan bahawa "tiada jangkitan kes COVID-19 yang disahkan secara rasmi menular melalui barangan atau bahan yang dihantar melalui pos.

Reaksi itu dinyatakan selepas abangnya Kim Jong Un semalam mengumumkan “kejayaan cemerlang” dalam menentang peluran COVID-19 selepas laporan rasmi pihak berkuasa kesihatan melaporkan tiada kes positif baharu untuk tempoh selama dua minggu.

Pakar menyatakan, Korea Selatan antara negara yang mempunyai sistem kesihatan amat lemah, tiada kelengkapan mencukupi di hospital dan tiada penggunaan ubat atau termasuk vaksin bagi mengelak atau merawat kes COVID-19.

Korea Utara merekodkan hampri 4.8 juta kes COVID-19 sejak hujung April lalu dan hanya 74 kematian dilaporkan atau mengikuat kadar kematian sebanyak 0.002 peratus. –AFP

Media Baharu