fb fb fb fb fb

Seorang warga Argentina maut dibunuh di selatan Mexico

FOTO REUTERS



MEXICO, 27 Januari- Seorang warga Argentina maut di sebuah lokasi pelancongan terkemuka, Playa del Carmen di selatan Mexico.

Mangsa, Federico Mazzoni dibunuh di lokasi kejadian.

Identiti mangsa disahkan rakan dan media tempatan sebagai pengurus resort Mamitas.

Pejabat pendakwa negeri, Quintana Roo telah memulakan siasatan mengenai kes berkenaan dan pasukan keselamatan juga digerakkan ke lokasi.

Baru-baru ini, destinasi pantai Mexico tersebut dicemari dengan jenayah keganasan yang menyasarkan warga asing.

Minggu lalu sahaja, 2 individu warga Kanada dengan rekod jenayah; dibunuh di sebuah hotel berdekatan Cancun.

Pihak berkuasa menyifatkan kes berkenaan ada kaitan dengan pertikaian hutang melibatkan aktiviti jenayah antarabangsa. -REUTERS

Media Baharu