fb fb fb fb fb

Korea Utara lancarkan 'projektil', pamer kekuatan ketenteraan

FOTO AFP

KOREA UTARA, 27 Januari- Korea Utara terus menunjukkan kekuatan ketenteraannya apabila melancarkan 'projektil yang tidak dikenal pasti, pada awal pagi Khamis.

Ia didakwa ujian senjata keenam tahun ini ketika negara yang memiliki senjata nuklear itu mengabaikan tawaran rundingan Amerika Syarikat (AS).

Ketua Turus Bersama Korea Selatan berkata, Korea Utara melancarkan projektil tidak dapat dikenal pasti ke Laut Timur, merujuk kepada Laut Jepun.

Selasa lalu, Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu yang tidak diharamkan di bawah sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara.

Negara itu turut menjalankan ujian peluru berpandu balistik pada 14 dan 17 Januari selain melancarkan peluru berpandu hipersonik pada 5 dan 11 Januari lalu.

Langkah Pyongyang itu mengundang kecaman masyarakat antarabangsa termasuk sekatan terbaharu dikenakan AS ke atas negara itu.

Ia sekali gus mencetuskan kemarahan Korea Utara yang pada minggu lalu memberi petunjuk bahawa pihaknya akan menyambung semula pembangunan ujian nuklear dan senjata jarak jauh. -AFP

Media Baharu