fb fb fb fb fb

Ribut tropika Ana korbankan 46 penduduk

FOTO AFP


ANTANANARIVO, 27 Januari- Ribut tropika Ana yang mengakibatkan kemusnahan tanaman dan kediaman di Malawi, semalam disifatkan penduduk di selatan Afrika sebagai bencana cuaca terburuk yang pernah mereka alami.

Bencana itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 46 orang maut selepas ribut tropika Ana melanda Madagascar, Mozambique dan Malawi sehingga mengakibatkan ribuan rumah rosak dan bekalan elektrik terputus.

Penduduk di pekan Chikwawa selatan Mali berkata, ia adalah kemusnahan paling teruk yang pernah mereka alami dengan seorang petani mendakwa semua satu setengah ekar ladang jagungnya musnah.

"Pada awalnya kami mengalami ribut kuat yang menerbangkan bumbung rumah. Empat rumah di sekitar sini musnah. Dan siklon ini telah menyebabkan banyak kerosakan. Semua harta benda saya musnah," kata penduduk, Noria Kananji.

"Ini adalah kemusnahan yang paling teruk. Hujan lebat,banyak rumah telah musnah dan juga tanaman. Ini akan menyebabkan kelaparan," jelas penduduk, Catherine Kaliza.

Mozambique dan negara-negara selatan Afrika seringkali dilanda ribut dan taufan yang teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini. -AFP

Media Baharu