fb fb fb fb fb

Afghanistan terima sumbangan China dan Pakistan

FOTO REUTERS



AFGHANISTAN, 27 Januari- 1,000 keluarga miskin di Afghanistan menerima bantuan makanan dan pakaian yang disumbangkan China dan Pakistan.

Pemangku Timbalan Menteri Hal-Ehwal Pelarian kerajaan Sementara Afghanistan, Arsala Khan Haruti berharap sumbangan itu dapat membantu keluarga miskin berdepan masalah kelaparan dan kesejukan.

Pada masa sama, Arsala juga berharap masyarakat antarabangsa dapat meringankan beban negaranya akibat krisis kemanusiaan serius, menerusi bantuan seperti yang dilakukan China dan Pakistan.

Delegasi kerajaan interim Afghanistan menuntut agar dana kira-kira 10 bilion dolar dinyahbeku Amerika Syarikat dan negara Barat ketika rundingan selama tiga hari di Oslo, Norway.

Namun, sehingga kini pihaknya masih belum menerima hasil positif tentang perkara tersebut.

Menurut perangkaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), lebih 50 peratus populasi Afghanistan iaitu 22.8 juta orang rakyatnya menghadapi masalah krisis makanan yang serius sejak November 2021.

Pada September tahun lalu, China telah mengumumkan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kecemasan melibatkan bahan makanan, barang keperluan musim sejuk, vaksin dan ubat-ubatan yang bernilai RM125 juta kepada Afghanistan. -REUTERS

Media Baharu