fb fb fb fb fb

Insiden tumpahan minyak berlaku di Lima, kerja pembersihan dijalankan

FOTO AFP

PERU, 27 Januari- Satu insiden tumpahan minyak dikesan berdekatan ibu negara, Lima ketika kerja pembersihan dijalankan.

Menurut Agensi Kawalan dan Penilaian Alam Sekitar, kebocoran berlaku ketika paip penapisan bawah air dan manifold hujung saluran paip ditanggalkan di Loji Penapisan La Pampilla.

Loji berkenaan dikendalikan syarikat Repsol dan operasi berkenaan penting untuk menyiasat punca tumpahan terawal.

Sekurang-kurangnya 8 tong minyak mentah tumpah, namun telah dibersihkan.

Repsol menafikan kebocoran kali ke-2 itu.

Pengumpulan minyak di sepanjang persisir pantai masih dijalankan dan pihak berkuasa telah mengarahkan syarikat berkenaan menyelesaikannya dalam tempoh tujuh hari.

Terdahulu, pada 15 Januari, tumpahan minyak berlaku ketika kapal tangki memindahkan bahan ke salah satu terminal di loji dan mengakibatkan tumpahan berjumlah kira-kira enam ribu tong. -AFP

Media Baharu