fb fb fb fb fb

Seorang terbunuh, 5 cedera letupan di utara Afghanistan

(FOTO AFP)

KABUL, 11 Mac - Satu letupan bom di bandar Mazar-i-Sharif di utara Afghanistan pada Sabtu membunuh seorang pengawal keselamatan dan mencederakan sekumpulan wartawan serta beberapa kanak-kanak, kata polis dan seorang saksi.

Letupan itu berlaku dua hari selepas pengebom berani mati membunuh gabenor Taliban di wilayah Balkh utara dalam serangan yang didakwa kumpulan Negara Islam.

Serangan ke atas Mohammad Dawood Muzammil di ibu kota wilayah Balkh, Mazar-i-Sharif pada hari Khamis menandakan pembunuhan salah seorang pegawai berpangkat tertinggi sejak Taliban kembali berkuasa pada 2021.

(Seorang lelaki yang cedera menerima rawatan perubatan di sebuah hospital
di Mazar-i-Sharif / FOTO AFP)

Jurucakap polis Balkh, Mohamad Asif Waziri berkata letupan berlaku semasa acara penghormatan kepada media Afghanistan di sebuah pusat kebudayaan di Mazar-i-Sharif.

"Seorang pengawal keselamatan terbunuh dan lima wartawan adalah antara yang cedera," kata Mohamad Asif Waziri.

Wartawan Afghanistan kerap menjadi sasaran sebelum Taliban merampas kuasa dengan beberapa serangan didakwa oleh Negara Islam.

“Saya mendengar bunyi letupan besar kemudian berlaku huru-hara kerana semua orang cuba mencari jalan untuk melarikan diri dan sesetengah wartawan cedera parah,” kata wartawan Afghanistan Atif Arian, yang cedera dalam letupan itu kepada AFP.

Muzammil, gabenor Balkh telah dibunuh oleh pengebom berani mati IS beberapa minit selepas dia tiba di pejabatnya di Mazar-i-Sharif.-AFP

Media Baharu