fb fb fb fb fb

Jepun terus bina kemudahan penulenan air tercemar nuklear

(FOTO AFP)

TOKYO, 11 Mac - Jepun terus mempromosikan pelan pelepasan lautan air tercemar nuklear di loji nuklear yang lumpuh di Wilayah Fukushima dengan menggunakan lebih banyak kemudahan penulenan dan membina kemudahan pelepasan akhir.

Hampir 12 tahun selepas bencana tsunami, struktur dan sampah yang musnah akibat pembersihan pencemaran nuklear boleh dilihat di mana-mana di loji itu.

Kakitangan yang memasuki loji mesti membawa dosimeter sinaran untuk memantau tahap sinaran di sekeliling dan mesti keluar serta-merta sebaik sahaja bacaan melebihi had atas.

Syarikat Kuasa Elektrik Tokyo (TEPCO), pemilik loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi telah menambah beberapa peranti pembersihan air tercemar untuk memajukan pelan pelepasan.

(FOTO AFP)

"Lokasi semasa kami adalah di sini. Sistem pemprosesan cecair termaju (ALPS) yang ditambahkan di loji ini mempunyai tiga set sistem dan setiap set boleh membersihkan dan merawat kira-kira 250 tan air tercemar nuklear setiap hari," kata kakitangan TEPCO.

Kebanyakan bahan radioaktif boleh dikeluarkan oleh ALPS dengan pemendakan kimia dan bahan penjerapan seperti karbon teraktif.

"Bagaimanapun, air yang dirawat masih mengandungi unsur tritium yang tidak dapat ditangani oleh peralatan penulenan. Pada masa yang sama, kemudahan terakhir bagi keseluruhan pelan pelepasan lautan juga sedang dalam pembinaan, di mana air yang dirawat akan dicampur dengan air laut untuk mengurangkan kepekatan tritium dan kemudian dilepaskan melalui terowong bawah laut luar pesisir," kata kakitangan TEPCO.

Pada tahun 2011, berikutan gempa bumi besar di luar pantai Jepun, tiga daripada reaktor di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi lebur selepas tsunami setinggi 15 meter merempuh kemudahan tepi pantai itu.-REUTERS

Media Baharu