fb fb fb fb fb

Seorang pelajar maut ketika protes tangguh pilihan raya di Senegal

Penunjuk perasaan ketika protes terhadap penangguhan pilihan raya presiden di Dakar/Foto AFP

DAKAR, 10 Februari - Seorang pelajar maut ketika protes susulan penangguhan pilihan raya presiden di Saint-Louis, di utara Senegal.

Perkara itu dimaklumkan oleh ketua kelab geografi di Universiti Gaston Berger kepada AFP.

"Dia meninggal dunia akibat kecederaan," katanya yang mengesahkan kematian pelajar terbabit daripada seorang kakitangan hospital di bandar itu.

Kematian pelajar itu merupakan yang pertama sejak tercetusnya demonstrasi itu pada minggu lalu.

Presiden Senegal, Macky Sall telah menangguhkan pilihan raya bulan ini susulan aduan berpuluh-puluh calon dihalang daripada bertanding.

Di tengah-tengah krisis berkenaan, sebuah Majlis Perlembagaan telah menghalang beberapa calon termasuk beberapa ahli politik berprofil tinggi daripada bertanding. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN