fb fb fb fb fb

Dua Pengawal awam Sepanyol maut dilanggar bot pengedar dadah

Sepanyol merupakan transit utama bagi penyeludupan dadah yang tiba di Eropah dari Afrika Utara/Foto AFP

MADRID, 10 Februari - Dua Pengawal awam Sepanyol terbunuh selepas dilanggar oleh bot pengedar dadah ketika mengejar suspek pada Jumaat.

Bagaimanapun, polis tidak memberikan butiran lanjut mengenai kejadian itu.

Sebuah video tular di beberapa laman media sosial yang menunjukkan aksi kejar mengejar suspek di pelabuhan di Barbate, berhampiran pelabuhan utama selatan Cadiz.

Kelihatan tiga bot kecil bergerak laju ketika dikejar pada waktu malam.

Persatuan AUGC Guardia Civil, sebagai persatuan yang mewakili polis separa tentera mengutuk peristiwa tragis itu dan menggesa agar siasatan terperinci dijalankan.

Polis Sepanyol dan Kastam telah melakukan beberapa rampasan dadah di kepulauan itu.

Sepanyol merupakan transit utama bagi penyeludupan dadah yang tiba di Eropah dari Afrika Utara.

Pengawal Awam Sepanyol adalah institusi bersenjata yang bersifat ketenteraan.- AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN