fb fb fb fb fb

Seorang maut, sembilan cedera akibat letupan di medan gas Rusia

Medan kondensat gas di mana letupan berlaku terletak di rantau Yamal-Nenets di Artik Rusia/ AFP

MOSCOW, 26 Julai- Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan sembilan lain cedera dalam letupan di medan kondensat gas Urengoy Timur di wilayah Yamal-Nenets di Artik Rusia.

Setakat ini punca letupan masih dalam siasatan.

Pemerhati teknikal Rusia, Rostechnadzor, berkata kemudahan itu dikendalikan oleh Rosneft, sebuah syarikat milik Rusia.

Letupan berlaku ketika kru sedang bersiap sedia untuk membaiki beberapa peralatan.

Agensi berita negara, RIA berkata kebakaran berjaya dikawal dan tiada ancaman kepada penduduk sekitar atau alam sekitar.

Ia berkata, pekerja yang cedera dalam letupan itu sedang menerima rawatan. - REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI