fb fb fb fb fb

Seorang maut, dua hilang selepas letupan bunga api di Bulgaria

Foto: AFP

SOFIA, 26 Julai- Satu siri letupan di enam gudang bunga api berhampiran ibu negara Bulgaria, Sofia, mengakibatkan seorang maut, seorang mengalami kecederaan, manakala dua orang dilaporkan hilang, kata menteri dalam negeri hari ini, manakala dua orang hilang.

Letupan di bandar Elin Pelin di luar Sofia mencetuskan amaran besar dengan pihak berkuasa memindahkan 150 orang.

Imej televisyen menunjukkan letupan di enam gudang dan kepulan asap naik beberapa jam selepas letupan awal pada petang Khamis, yang puncanya masih belum diketahui.

Menteri Dalam Negeri, Kalin Stoyanov berkata seorang lelaki berusia 49 tahun telah meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital akibat melecur teruk dan kecederaan akibat terhidu asap.

Doktor bergelut untuk menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 20 tahun, yang melecur lebih daripada 85% badannya dan peluangnya hidup adalah tipis, tambahnya.

Dua lelaki berusia 60 dan 22 tahun turut berada di dalam gudang ketika letupan masih belum dijumpai, katanya.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI