fb fb fb fb fb

Seorang maut gempa bumi kuat gegar selatan Filipina

Pihak berkuasa memeriksa kerosakan bangunan susulan gempa bumi kuat di Mindanao/AFP

MANILA, 10 Oktober - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh selepas gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud melanda perairan selatan Filipina pada pagi tadi.

Polis memaklumkan seorang mangsa maut selepas dinding bangunan runtuh di bandar Mati, kawasan paling hampir dengan pusat gempa.

Pihak berkuasa Filipina segera mengeluarkan amaran tsunami dan mengarahkan penduduk di kawasan pantai timur supaya berpindah ke tempat lebih tinggi berikutan kebimbangan ombak mencapai sehingga tiga meter.

"Beberapa kawasan berhampiran pusat gempa mengalami kerosakan kecil dan terputus bekalan elektrik serta komunikasi." kata pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku kira-kira 20 kilometer dari Manay, wilayah Mindanao, pada 9.43 pagi (waktu tempatan).-AFP

SITI AISHA MELISA YUHANIZ