fb fb fb fb fb

China ambil langkah proaktif lindungi hak syarikat dan warganegara

Foto Reuters

BEIJING, 10 Oktober - China akan mengambil langkah yang perlu untuk melindungi hak sah syarikat dan warganegara China sebagai tindak balas terhadap sekatan Amerika Syarikat (AS).

Ia antara lain berkaitan dengan perdagangan minyak Iran yang menyasarkan sebuah kilang penapisan di wilayahnya.

China turut menggesa Amerika Syarikat supaya berhenti menggunakan sekatan, kata jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun, dalam satu sidang media biasa, sambil menambah bahawa China akan melindungi keselamatan tenaga negaranya.

Sekatan itu dikenakan ke atas kira-kira 100 individu, entiti dan kapal, termasuk sebuah kilang penapisan dan terminal bebas di China, yang membantu perdagangan minyak dan petrokimia Iran. - REUTERS

Trainee