fb fb fb fb fb

Seorang maut dalam kebakaran flat di Singapura

Foto: FB Singapore Civil Defence Force

SINGAPURA, 6 Mei - Seorang maut dalam kebakaran di sebuah flat di Lorong Limau pada awal pagi Isnin, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura.

Bomba memasuki unit kediaman di Blok 76 itu secara paksa dan menyelamatkan dua mangsa di bahagian dapur.

Seorang lagi individu disahkan meninggal dunia di dalam sebuah bilik tidur.

Punca kebakaran masih disiasat. - BERNAMA-XINHUA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI