fb fb fb fb fb

Seorang maut akibat cuaca sejuk melampau di Jepun

KYOTO, 25 Januari- Seorang maut akibat cuaca sejuk luar biasa dan salji tebal yang melanda kebanyakan kawasan di Jepun.

Manakala dua lagi kematian sedang disiasat sama ada ia berpunca daripada ribut salji.

Cuaca sejuk keterlaluan serta keadaan bertekanan rendah yang melampau menyebabkan salji turun dan angin bertiup kencang merentasi Jepun bermula semalam.

(Orang ramai berjalan di laluan pejalan kaki dalam keadaan cuaca sejuk melampau dan bersalji / Foto REUTERS)

Keadaan cuaca itu juga menyebabkan ratusan penerbangan dibatalkan selain menjejaskan lalu lintas dan perjalanan kereta api.

Menurut penyiar NHK, kira-kira 3,000 orang telah terkandas di dua stesen kereta api di bandar barat Kyoto selepas salji dan angin kencang memaksa perkhidmatan dihentikan.

Cuaca sejuk melampau itu dijangka berterusan hingga esok.-REUTERS

Media Baharu