fb fb fb fb fb

Justin Bieber jual hak muziknya kepada Hipgnosis bernilai $200 juta

KUALA LUMPUR, 25 Januari- Bintang pop, Justin Bieber bersetuju dengan perjanjian bernilai kira-kira $200 juta untuk menjual hak muziknya kepada BX.N Hipgnosis Songs Capital (Hipgnosis).

Hipgnosis membeli katalog lagu daripada artis dan memperoleh hasil apabila muzik mereka distrim secara dalam talian atau digunakan untuk filem atau pengiklanan.

Bieber menjadi terkenal ketika berusia 13 tahun berikutan kejayaan lagunya 'Baby'.

(Justin Bieber / Foto REUTERS)

Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu, Bieber mendedahkan dia didiagnosis dengan Sindrom Ramsay Hunt yang menyebabkan separuh mukanya lumpuh.

Keadaann itu memaksanya membatalkan konsert dan persembahannya.-REUTERS

Media Baharu