fb fb fb fb fb

Seorang mati, dua cedera lelaki mengamuk di kemudahan tentera Bangkok

(FOTO AFP)

BANGKOK, 14 September- Seorang mati dan dua lagi cedera akibat ditembak seorang lelaki dalam kejadian di kemudahan tentera di Bangkok, hari ini.

Menurut Jurucakap Timbalan Ketua Polis Negara, Kissana Phathanacharoen, pelaku telah ditahan sejurus selepas kejadian yang berlaku di Pusat Latihan Operasi Tentera yang terletak dalam kawasan kompleks tentera di sini. 

Media tempatan melaporkan, pelaku seorang tentera, namun motif serangan masih belum dipastikan.

“Tembakan itu menyebabkan seorang mati dan dua orang cedera. Polis telah mengawal kawasan kejadian,” kata Kissana Phathanacharoen kepaa AFP.

“Kami telah berjaya menahan suspek.” tambahnya.

Pada 2020, seorang anggota tentera menembak mati 29 orang dalam kejadian amuk yang berlanjutan selama 17 jam dan mencederakan puluhan yang lain sebelum pelaku ditembak mati oleh anggota komando, kejadian yang amat mengejutkan penduduk Thailand.

Kejadian tembakan itu dikaitkan dengan pertikaian hutang antara lelaki bersenjata Sarjan-Mejar Jakrapanth Thomma dengan seorang pegawai kanan dan pihak tentera menyatakan pelaku bertindak di luar kawalan dan ganas.

Di Thailand tentera mempunyai pengaruh besar dalam banyak aspek kehidupan daripada politik kepada perniagaan, dan telah berkali-kali campur tangan untuk merampas kuasa sejak beberapa dekad; terakhir pada 2014. -AFP


(Anggota polis dan tentera mengawal kawasan kejadian selepas lelaki bersenjata melepaskan
tembakan di Pusat Latihan Operasi Tentera di Bangkok pada 14 September 2022/AFP)

Media Baharu