fb fb fb fb fb

Rusia salur AS$300 juta campur tangan pilihan raya negara lain, dedah perisikan AS

(FOTO REUTERS)

WASHINGTON, 14 September- Rusia secara rahsia telah menyalurkan sekurang-kurangnya AS$300 juta kepada parti politik dan calon asing di 24 negara sejak 2014.

Ia dalam usaha untuk mendapatkan pengaruh, menurut penilaian perisikan Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan, pada Selasa.

Perisikan AS "menilai itu adalah merupakan angka minimum dan Rusia berkemungkinan telah memindahkan dana tambahan secara rahsia dalam kes yang tidak dapat dikesan," kata seorang pegawai kanan pentadbiran.

"Kami fikir ini hanyalah sebahagian daripada banyak kes," kata pegawai itu kepada pemberita dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Salah satu kes disebut dalam penilaian baharu itu, perisikan AS menyatakan bahawa seorang duta Rusia di sebuah negara Asia yang tidak dinamakan, memberikan jutaan dolar kepada seorang calon presiden.

(Presiden Rusia, Vladimir Putin/Foto AFP)

Kedutaan Rusia di Ecuador juga, didakwa menyalurkan 'sejumlah dana besar' dari 2014 hingga 2017 untuk campur tangan dalam pilihan raya negara itu.

Penilaian tersebut menyatakan Rusia telah menggunakan kontrak dan syarikat rekaan untuk membiayai parti.

Manakala syarikat milik kerajaannya secara langsung menyalurkan pembiayaan terselindung di Amerika Tengah, Asia, Asia Barat dan Afrika Utara, menurut penilaian itu.

Pentadbiran Presiden, Joe Biden meminta penilaian itu dibuat berikutan pencerobohan Rusia pada 24 Februari ke atas Ukraine, yang mendorong usaha besar AS untuk meminggirkan Moscow daripada kuasa Eropah.-AFP

Media Baharu