(Lakaran mahkamah pembukaan perbicaraan nahas Yemenia Airways di Paris/fail AFP)
PARIS, 14 September- Mahkamah Perancis dijangka mengeluarkan keputusan berhubung kematian 152 orang dalam nahas Yemenia Airways pada 2009, hari ini.
Syarikat penerbangan Yaman itu berdepan denda maksimum €225,000 jika didapati bersalah.
Pada 29 Jun 2009, pesawat terbabit dalam perjalanan ke Moroni, iaitu ibu kota kepulauan Comoros yang terletak antara Mozambique dan Madagascar, selepas berlepas dari lapangan terbang Sanaa.
Pesawat Airbus A310 itu terjunam ke Lautan Hindi, mengorbankan semua penumpang dan anak kapal, kecuali kanak-kanak perempuan warga Perancis, Bahia Bakari yang ketika itu berusia 12 tahun.
"Saya dapat merasakan gegaran, tetapi tiada siapa yang bertindak balas mengenainya.
"Jadi saya berkata kepada diri sendiri ia pasti perkara biasa," kata Bakari di mahkamah Paris pada Mei semasa perbicaraan, yang dihadiri oleh berpuluh-puluh rakan dan saudara mara mangsa.
Secara tiba-tiba "saya merasakan sesuatu seperti renjatan elektrik melalui badan," beliau mengingatinya sebelum jatuh pengsan.
Bakari kemudian mendapati dirinya berada di dalam air di antara serpihan pesawat.
Bakari pada hari kejadian dalam perjalanan ke majlis perkahwinan di Comoros, bersama ibunya. -AFP
(Gambar pada 9 Mei 2022 menunjukkan mangsa terselamat, Bahia Bakari (kiri) tiba di Mahkamah Paris untuk perbicaraan
pembukaan dalam kes nahas 2009 penerbangan Yemenia Airways yang mengorbankan 152 orang/Foto fail AFP)