fb fb fb fb fb

3 maut selepas puting beliung melanda selatan AS

Foto Reuters

ATLANTA, 15 Mac – Tiga individu dilaporkan maut di Missouri selepas beberapa puting beliung melanda wilayah Midwest dan tenggara Amerika Syarikat pada waktu malam, mengakibatkan kemusnahan yang masih dalam proses penilaian, menurut pihak polis.

Sekurang-kurangnya 26 puting beliung dilaporkan berlaku, namun masih belum disahkan mendarat lewat malam tadi dan awal pagi ini.

Ribut petir kuat melanda sebahagian Arkansas, Illinois, Mississippi dan Missouri akibat sistem tekanan rendah, kata David Roth, ahli meteorologi di Pusat Ramalan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

"Dijangkakan terdapat risiko tinggi untuk lebih banyak puting beliung berlaku di Alabama dan Mississippi hari ini, dengan kebarangkalian sebanyak 30 peratus," katanya.

"Itu adalah peratusan yang agak tinggi," tambahnya.

Dua kematian akibat puting beliung dilaporkan berlaku di kawasan Bakersfield, daerah Ozark, selatan Missouri, kira-kira empat jam perjalanan dari Kansas City.

Satu lagi kematian dicatatkan di Butler County, menurut laporan Peronda Lebuh Raya Negeri Missouri dan pegawai lain.

Beberapa individu turut mengalami kecederaan, namun angka sebenar masih belum diperoleh.

Menurut ramalan cuaca, ribut dijangka kembali menguat pada malam ini, membawa risiko tertinggi bagi puting beliung dan ribut petir teruk di kawasan terlibat.- REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN