fb fb fb fb fb

Rusia perlu sokong gencatan senjata Ukraine demi keamanan berkekalan

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen / Foto AFP

BRUSSELS, 15 Mac – Rusia perlu menyokong perjanjian gencatan senjata dengan Ukraine yang boleh membawa kepada keamanan yang berkekalan, kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, pada Sabtu selepas mesyuarat maya dengan pemimpin dunia.

"Kami menegaskan sokongan kami terhadap persetujuan Ukraine untuk gencatan senjata. Kini, Rusia perlu menunjukkan kesediaannya untuk menyokong gencatan senjata yang membawa kepada keamanan yang adil dan berkekalan," katanya menerusi mesej di X, platform yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer, kerana menganjurkan pertemuan maya yang melibatkan kira-kira 25 pemimpin dunia dalam usaha meneruskan tekanan ke atas Rusia dan melindungi sebarang perjanjian gencatan senjata di Ukraine.

"Sementara itu, kami akan terus menyokong usaha memperkukuh Ukraine dan Angkatan Bersenjatanya... akhirnya, kami akan memperhebat usaha pertahanan Eropah menerusi ReArm Europe, dengan meningkatkan perbelanjaan pertahanan," katanya. – AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN